Mobirise Mobirise v4.4.0

TDC HOLDINGS SDN BHD

Memperkenalkan...FOUNDER

 

TDC | World Halal Best Brand in MLM

TDC dianugerahkan oleh The Best Brandlaureate sebagai World Halal Best Brand in Multi-level Marketing (MLM) yang pertama di dunia, dan atas penghargaan atas usaha Cina Mualaf yang bernama Hafiz Hiew dalam memperjuangkan Pematuhan Shariah dalam dunia MLM ini, saya dianugerahkan World Halal Best Band Leadership Award.

 

Dua tahun ini TDC mula bersinar di kalangan masyarakat. Dua tahun ini juga, Pengiktirafan, Anugerah, Liputan Media ke atas TDC dan saya tidak pernah berhenti walaupun lebih 50% saya memilih untuk menolak.

 

Namun ketika yang menawarkan Anugerah kali ini adalah The Best Brandlaureate yang penerima mereka termasuk Kobe Bryant, Elon Musk, Christiano Ronaldo, Tun Mahathir, Tan Sri Dr Noor Hisham, dan lebih ribuan nama tersohor di lebih 100 negara ini, sememangnya saya sukar untuk menolak.

 

Seperti yang diperkatakan sesetengah pihak, The Best Brandlaureate, SME100 dan Asia Top Brand Reward adalah tiga Anugerah utama di Tanah Air Malaysia, dan The Best Brandlaureate dan Asia Top Brand adalah antara yang terbaik di Asia malah dunia.

 

Alhamdulillah... Atas kekangan SOP, saya hanya dibenarkan untuk membawa ahli keluarga yang sentiasa mendukung dan berbangga dengan kejayaan saya dan TDC untuk mengunjungi pejabat The Best Brandleurate menerima Anugerah ini. Teruja dengan frame frame tandatangan original tanda penerima Anugerah oleh Penerima yang majoiritinya nama besar di dunia ini.

 

Bangga frame saya pun bakal digantung bersama mereka ini, boleh di bucu dinding pun berasa bangga sudah.

 

InsyaAllah, satu hari nanti saya bawa pula Top Sales Leader TDC melawat pejabat mereka ini selepas President mereka setuju atas permintaan ini.

 

World Best Halal Brand dengan reka bentuk Trofi berilhamkan Buruj Al-Arab di Dubai ini memang cantik sekali.

 

Kejayaan TDC dimiliki oleh semua Pengedar, Pengguna, dan Kakitangan yang selama ini mendukung, berusaha, mempercayai dan kekal utuh bersama TDC.

 

The Best is Yet to come.

 

Seketeriat Asia Top Brand pula berhubung katanya Colever yang sudah test ke atas beberapa atlet dan diuji dengan format FDA ini menerima audit akhir untuk anugerah Super Brand. Baru mula jual sudah dapat anugerah hanya sebab terlibat dalam beberapa penyelidikan dan kajian keberkesanan yang terbukti. Ini sudah mula jual entah lah akan jadi macam mana fenomenanya.

 

Formulasi mantap tidak takut diuji sampai FDA ke apa pun ujian.
Syarikat yang mantap tidak takut dicabar oleh sesiapa pun.

 

Sebab kita di liga yang berbeza. Walaupun hanya di Malaysia, tetapi sudah mendapat perhatian Asia dan Dunia.

 

Sebab diam ke tidak diam, kita sudah beransur berada bersama barisan Syarikat MLM terbesar di TanahAir Malaysia.

 

Permata tetap akan sinar selepas terdedah ke cahaya;
Emas tetap kukuh walaupun dibakar api;
TDC tetap menyerlah walaupun selalu merendah diri;
B40 terus ubah hidup bersama TDC!

 

Dari Asnaf, Kepada Asnaf.

 

Jom teruskan mengibarkan Panji No. 1 World Halal Best Brand in MLM ini, wahai ahli TDC!

 

#HafizHiew
#TDCHeart
#Colever
#TDC

 

 

WISMA TDC

 

Secara rasmi Wisma TDC bermula sudah proses perancangan awal untuk ubahsuaian walaupun masih memerlukan sedikit masa dalam penukaran nama di Pejabat Tanah sebab PKP Fasa 1 di Selangor.

 

Seperti biasa, bersama dengan Interior Designer yang telah memberikan sentuhan magik untuk Pejabat TDC Cheras dan juga teratak saya ini, kita fokus pada apa tema yang sememangnya kita sudah biasa fokus, dan tidak banyak sangat perubahan yang perlu lakukan sebab sudah mencapai satu kesefahaman (melainkan kos, sememangnya).

 

Pengiraan kasar pengubahsuaian ini akan menelan kos melebihi RM2juta atas permintaan saya hanya nak guna yang terbaik sebab pejabat ini bukan untuk saya seorang, tetapi adalah untuk meraikan para pengedar, pengguna, kakitangan dan orang awam yang datang mengunjungi.

 

Dijangka akan dilengkapi dengan Dewan Seminar yang dapat memuatkan 200-400 orang, dengan Cafe yang dapat memuatkan dalam 30-50 orang, Showroom yang dapat memuatkan lebih 100 orang dan ruangan pejabat operasi yang jangka memuatkan melebihi 50 orang, serta Warehouse yang dapat memuatkan minima 20,000-50,000 kartun produk akan dibinakan di bangunan 3 tingkat ini.

 

Kawasan ruangan luar yang dapat memuatkan parking mencecah 50 buah kereta juga memudahkan para pengunjung. Ah, juga disediakan satu tapak permainan buat pengunjung yang membawa kanak-kanak datang ke kita. Lif juga disediakan untuk muatan lebih 1,000kg yang heavy duty.

 

Al-maklumlah, kita nak pastikan Wisma TDC ini sesuai untuk semua orang dari kanak-kanak sehingga orang tua.

 

InsyaAllah, selepas pengubahsuaian yang mungkin makan masa lebih setengah tahun ini, bangunan Wisma TDC yang dijangka mencecah nilai RM8juta nanti akan menjadi satu asas dan tapak penting sebagai persiapan TDC dalam menuju ke arah Public Listed ke Bursa Saham pada tahun ke-10 TDC ditubuhkan nanti.

 

Beberapa rancangan penambahbaikan infrastruktur juga dirancang sekali gus termasuk pembesaran Pejabat TDC di Kota Bharu, Central Warehouse di Sabah dan Sarawak, serta persiapan untuk export ke beberapa negara dalam masa lima tahun akan datang ini.

 

Para Pengedar semakin laju, Produk semakin laju, Penggun semakin ramai, Keyakinan masyarat semakin kukuh, maka saya dan barisan kakitangan TDC perlu semakin bekerja keras lagi untuk terus menerus memastikan TDC dapat melakukan anjakan paradigma bagi semua yang bersama sekarang dan akan datang.

 

Baru 5% dariapda 100 tahun legasi TDC.

 

Perjalanan masih jauh.

 

The best is yet to come.

 

Saya baru bermula. TDC baru bermula. Kita baru nak bermula.

 

 

 

We Love TDC.

 

#HafizHiew
#TDCHeart

 

 

  

Hubungi Kami

Nama : Noorhazme binti Jasmin (Mimi)
Phone : 0133968989
Email : hazme_hamali@yahoo.com

Ahli Terkini


 Nik Nur Adila Ismail :: Sat,10,Feb,2024

 Salidah rich global :: Thu,01,Feb,2024

 SHAWAL B KUMAR :: Fri,06,Oct,2023

 Nur Alya Natasha Mohd Nasir :: Thu,17,Aug,2023

 Nurul Amni Mazlan :: Wed,19,Jul,2023

 NUR IWANIE BINTI MAZLAN :: Wed,19,Jul,2023

 SITI ANIS FATINI BINTI MAZLAN :: Wed,19,Jul,2023

 SITI ANIS FATINI BINTI MAZLAN :: Wed,19,Jul,2023

 Kamariah binti Kuasa :: Thu,06,Jul,2023

 AZIZAH BINTI ARIFFIN :: Wed,14,Jun,2023

 ADZHAR BIN AMIR :: Wed,14,Jun,2023

 Nor Ismail Bin Kamaruddin @ ramli :: Mon,05,Jun,2023

 Azizan Bin Mat Saad :: Mon,29,May,2023

 MOHAMED SUFFIAN BIN ABD RAHMAN :: Mon,29,May,2023

 Nor Baizura Muhamad Talkis :: Wed,10,May,2023

 Ismail abd razak :: Fri,05,May,2023

 Wan Mohd Nasir Chik Busu :: Fri,05,May,2023

 Murtaza :: Sat,15,Apr,2023

 Zairy Huzaimy B Md Akhir :: Tue,11,Apr,2023

 ABDUL RAZAK BIN RAMLI :: Wed,05,Apr,2023