Mobirise Mobirise v4.4.0

TDC HOLDINGS SDN BHD
Memperkenalkan...

 

 

Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi serta perubahan gaya hidup menyebabkan masyarakat pada masa kini lebih mudah terdedah kepada serangan pelbagai jenis penyakit kronik yang amat berbahaya. Bertitik -tolak daripada kebimbangan ini masyarakat mulai sedar dan cuba mengubah gaya hidup mereka dengan kembali menggunakan sumber alam semulajadi (back to nature), termasuklah dalam aspek penjagaan kesihatan. Penggunaan ubat-ubatan kimia telah terbukti banyak memberikan kesan sampingan yang tidak diingini malah boleh menyebabkan kematian.

Penyakit kanser merupakan salah satu penyakit yang berlaku disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat sehingga terbentuknya radikal-radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas adalah molekul-molekul perosak yang dapat merosakkan badan kita dan mengakibatkan lebih 60 jenis penyakit berbahaya. Molekul-molekul ini terdiri daripada unsur kimia yang bersifat reaktif dan tidak stabil. Untuk mencapai kestabilan ini, unsur-unsur ini akan bergabung dengan elektron yang lain dan akhirnya membentuk radikal-radikal bebas yang boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh terhadap kuman.

Selain itu, radikal bebas juga mempercepatkan proses penuaan, dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, angin ahmar, kencing manis, artritis, alzheimer`s dan penyakit parkinson.

Penyakit kanser dan penyakit degenaratif yang lain boleh dielakkan sekiranya tubuh dapat membentuk satu unsur yang boleh bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel-sel badan. Justeru, salah satu kaedah pencegahan yang boleh digunakan adalah dengan mengubah gaya kehidupan dan mengatur pengambilan makanan yang betul atau pengambilan makanan tambahan (supplement) yang boleh diperolehi sekitar anda.

Pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dimanfaatkan sebagai sumber bahan antioksidan dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas.

 
JusBerryMix punyai High Vitamin C

Kepentingan vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C. Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi. Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa vitamin C mungkin berkesan untuk:

Selesema. 

Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.

Kanser. 

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak membawa manfaat ini.

 

Nutrisi yang terdapat dalam buah delima:

 
Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
 
Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
 
Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
 
Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
 
Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
 
Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
 
Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.
 
Khasiat Dari Sudut Kesihatan
 
Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.
 
Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapay mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.
 
Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).
 
Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.
 
Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.
 
Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.
 
Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.
 
Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.
 
Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan.
 
Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.
 
Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.
 
Membantu Peredaran Darah. Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.
 
Membantu Mengurangkan Berat Badan. Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.
 
Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.
 
Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.
 
Menghalang Perbentukan Plak. Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi.
 
Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.
 
Khasiat Tambahan Kepada Perempuan
 
Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung. Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.
 
Sifat buah delima yang anti inflamasi mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang mengansung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.
 
Pengambilan jus delima semasa mengandung boleh mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita yang berbadan dua. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.
 
Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara. Kajian menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.
 
Khasiat Tambahan Kepada Lelaki
 
Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut.
 
Merawat Kanser Prostat. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.

 

 

Hubungi Kami

Nama : MOHD ZABRI BIN MAT YUSOFF (zabri3434)
Phone : 0125178476
Email : mohdzabri3434@gmail.com

Ahli Terkini


 kGfWplQY :: Sat,27,Jul,2024

 TEST :: Sat,27,Jul,2024

 Nik Nur Adila Ismail :: Sat,10,Feb,2024

 Salidah rich global :: Thu,01,Feb,2024

 SHAWAL B KUMAR :: Fri,06,Oct,2023

 Nur Alya Natasha Mohd Nasir :: Thu,17,Aug,2023

 Nurul Amni Mazlan :: Wed,19,Jul,2023

 NUR IWANIE BINTI MAZLAN :: Wed,19,Jul,2023

 SITI ANIS FATINI BINTI MAZLAN :: Wed,19,Jul,2023

 SITI ANIS FATINI BINTI MAZLAN :: Wed,19,Jul,2023

 Kamariah binti Kuasa :: Thu,06,Jul,2023

 AZIZAH BINTI ARIFFIN :: Wed,14,Jun,2023

 ADZHAR BIN AMIR :: Wed,14,Jun,2023

 Nor Ismail Bin Kamaruddin @ ramli :: Mon,05,Jun,2023

 Azizan Bin Mat Saad :: Mon,29,May,2023

 MOHAMED SUFFIAN BIN ABD RAHMAN :: Mon,29,May,2023

 Nor Baizura Muhamad Talkis :: Wed,10,May,2023

 Ismail abd razak :: Fri,05,May,2023

 Wan Mohd Nasir Chik Busu :: Fri,05,May,2023

 Murtaza :: Sat,15,Apr,2023